SELAMAT DATANG KE LAMAN SKSG SEKOLAH LESTARI

PENGHIJAUAN

PENGHIJAUAN

STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PENGHIJAUAN

OBJEKTIF PENGHIJAUAN
a)    Mewujudkan satu pelan perancangan strategik jangka panjang kearah penghijauan sekolah.
b)    Menyediakan satu pelan tindakan strategik (taktikal) ke arah penghijauan sekolah setiap tahun.
c)    Meningkatkan usaha pembudayaan amalan 3R (Reuse, Reduse, Recycle) di kalangan warga sekolah.
d)    Meningkatkan kebersihan dan keceriaan bangunan serta kawasan sekolah.
e)    Mewujudkan sistem pemantauan dan penilaian program untuk penambahbaikan.

 PELAN TAKTIKAL
Jawatankuasa Lestari bersama Jawatankuasa 3K menyediakan Pelan Taktikal sebelum akhir Januari.

SASARAN
a)    Melaksanakan sekurang-kurangnya 5 aktiviti yang dapat meningkatkan penghijauan di kalangan warga sekolah.
b)    Mewujudkan suasana ’Sekolah Dalam Taman’ dan Tandas Terbersih dan Terceria peringkat daerah dan negeri.
c)    Menjadi sekolah ‘Benchmark’ dalam pelaksanaan program pendidikan alam sekitar untuk sekolah-sekolah sekitar dan komuniti setempat.

SISTEM PENGURUSAN TAMAN
Pihak  pentadbiran sekolah telah menggalakkan pengwujudan taman bagi tujuan menghijaukan, menceriakan persekitaran sekolah serta sebagai sudut dan ruang pembelajaran yang kondusif. Bagi melaksanakan tujuan tersebut Jawatankuasa Keceriaan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) dipertanggungjawabkan ke atas pengujudan serta penyelengaraan taman-taman tersebut.

 a)  SUMBER MANUSIA
      ~ Semua Guru
      ~ Murid-murid
      ~ Staf Sokongan
      ~ Pekerja Swasta Sekolah
      ~ Pengawal Keselamatan Sekolah
      ~ Unit Landskap Majlis Perbandaran Temerloh

 b)  SUMBER KEWANGAN
      ~ Jabatan Alam Sekitar
      ~ Sumbangan Agensi Luar

REKABENTUK TAMAN
1)     PELAN SUSUNATUR TAMAN DI SEKITAR SEKOLAH
        Pelan Landskap Taman di sekitar sekolah adalah direka dan disusunatur oleh Jawatankuasa Keceriaan dengan bimbingan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan dibantu oleh pekerja sekolah, guru-guru dan murid-murid. 

2)     TAMAN BERTEMA
        Nama taman juga disesuaikan dengan tema, kedudukan, jenis tanaman, kegunaan atau sejarah pembentukan taman tersebut. Antaranya:-

 
Laman Bintang Kecil                                                                             Garden Si Cilik










Taman Akuatik                                                                                       Taman Anggerik      

Taman Kenangan                                                                                  Menara Mas      
 
 Laman Herba & Laman Dapur                                                            Laman Kaktus 

                        

      






Sudut Doktor Muda                                                                               Pondok Bacaan Lestari     

                    

          






Wakaf Lestari                                                                                        Kantin Lestari